Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 7, 2010

Dunia Aku : Mp3 Yang Ke 5 (Sony B Series)


Mp3 ku yang ke 5..hehe..Hari ini aku agak2 berasa gembira sikit sebab aku baru je beli Mp3 Sony B Series kelmarin..Tujuan aku beli mp3 ni bukannya apa sangat pun, just untuk jadi peneman aku waktu aku jogging or waktu aku tengah duduk sorang2, terutamanya ketika dalam bas or lrt..Bosan gak kadang2 kalau duduk sorang2 takde mende nak buat..So kalau dengar lagu tu boleh la juga aku layan perasaan sorang2..hehe..MyEm0.Commengikut pada pandangan aku sendiri, kebanyakan orang lebih suka menggunakan handset diorang sendiri sebagai mp3, lagi banyak function and advantage yang ada compare guna Mp3 player..handset sekarang pun canggih2 semua, boleh dikatakan hampir semua handset sekarang confirm ada fungsi mp3 player..lagi banyak lagu boleh sumbat kalau pakai handset, tapi kalah la kalau nak compare ngan ipod..mahal dowh ipod..

Aku pun actually dah ada handset yang memang jenis walkmannye,Sony W910i..tapi yang tak bestnye guna handset ni bagi aku, ia akan menggangu kelancaran lagu tersebut, ye la, nak2 time tu tengah mesej dengan awek ke, member ke, dengan bunyi mesej masuk, delivery report lagi, kan dah tersangkut2 bunyi tu..Lagipun masalah utama yang aku paling tak suka kalau pakai handset ni ialah bateri, kalau dengar je lagu, confirm tak sampai sehari bateri dah kong, nak2 handset aku yang memang ada masalah bateri, bayangkan kalau biar standby tak buat papepun, belum sampai 24 jam bateri dah nak empty, inikan dengar lagu..lagi la sekejap je boleh tahan..tu antara faktor utama yang mendorong aku sambar Mp3 player ni..MyEm0.Com

Bila aku imbas balik dulu2, sebelum wujudnya mp3 ni, walkman yang pakai kaset tu la yang paling hot sekali zaman aku..kat pasar2 malam pun berlambak2 jual, aku pun pernah beli yang pasar malam nye, pakai 2 or 3 bulan dah kondem..hehe..pastu aku upgrade sikit pakai brand Sony, baru gempak sikit..kalau tak silap aku waktu ni aku beli tahun 2004 camtu, walkman ni kalau bawa jalan memang tak muat la nak masuk poket, ada orang biasanya letak dalam beg, tapi aku sangkut kat seluar je, baru nampak bergaya sikit..hehe..lagipun tu tujuan diorang wat clip kat belakang walkman tu..MyEm0.Com

Yang masalahnya guna walkman ni, boleh dengar lagu pun sikit je, mana taknya, dalam satu kaset ada lebih kurang dalam 20 lagu je, kaset saja satu mau makan dekat rm20 yang ori, nak cari pirate dahla susah, bukan macam cd, senang je nak jumpa..pastu yang tak bestnya pakai walkman ni, nak tukar dari satu lagu ke satu lagu, terpaksa tekan butang forward and rewind..kadang2 boleh sampai terlajak ke lagu lain,mahu menangis kalau nak skip dari satu lagu ke satu laguMyEm0.Com susah nak bajet nye pasal..bateri pula nak kena pakai yang cas nye bateri, baru tak kopak duit, kalau tak nak kena beli bateri je..time walkman kaset ni sekali dengan zaman discman kalau tak silap, tapi discman ni mahal sangat bagi aku, tak mampu nak beli..huhu..yang bestnya pakai discman ni,senang nak tukar2 lagu and function dia cam best sikit, yang tak bestnya saiz die besar sikit dari walkman, betul2 bulat ikut cd..masuk poket confirm tak muat..

Tinggal kotak je, walkman hilang entah kemana
Sony Walkman WM-FX290


After keluar je mp3 player ni, dalam tahun 2005/2006 kalau tak silap aku baru aku kenal mp3 player ni..waktu tu, walkman and discman orang dah tak pakai dah, semua sibuk beli mp3 ni..mula2 keluar mp3 ni saiz storage die kecik2 je..First aku beli dulu saiz dia 128 mb, brand apa pun aku tak sure, tapi yang pasti, aku pakai tak sampai setahun, skrin die dah out, tapi stil boleh pakai gak..Da rosak dah pun sekarang, tapi still aku simpan lagi dengan kotak die skali..Aku sayang gila barang2 aku ni..hehe..

Teruja nak beli, main rembat je, tak amik tahu pasal brand pun

Pastu aku upgrade ke saiz 256 mb,brand Mwalker DELPHINUS B317 yang ini so far aku puas hati la pakai, cuma lagu berapa kerat je boleh simpan, mp3 ni ni aku dah tak pakai, so aku just buat jadi pendrive je, buat plug usb kat radio kereta, nak dijadikan cerita mp3 ni hilang waktu aku parking kereta aku pegi kelas..Ni semua gara2 kereta lupa nak lock..huhu..

Gambar ni diambil sebelum mp3 ni dicuri
Mwalker DELPHINUS B317

Pastu ada pula saiz 512 mb nye mp3, apa lagi, aku pun sambar and brand yang sama juga aku pilih..Mwalker JUPITERB328..But mp3 ni just bertahan tak sampai setahun juga sebab problem skrin tetiba gelap, kalau plug in kat laptop boleh pula..Last aku sumbat balik dalam kotak, simpan buat kenangan..


Problem skrin jadi gelap, terbakar rasanya
Mwalker JUPITERB328

Lame juga aku tak beli mp3 after semua mp3 yang aku beli confirm ada problem and semuanya tak cukup setahun dah tak boleh pakai, nak kata aku ganas, tak juga, maybe mp3 ni kot yang tak suka kat aku..hehe..Mp3 ni makin lama makin besar pula storage diorang buat, and one day aku ada ternampak satu mp3 ni, Mwalker B323 BEPTUNE, kecil je, 1gb and harga pun tak mahal sangat, aku pun tanpa berfikir panjang terus sambar..Aku pun tak tahu asal hampir kesemua mp3 yang aku beli brand Mwalker, maybe sebab harga dia tak mahal sangat kot jika dibandingkan dengan brand2 yang lebih gempak..

And masalah Mwalker ni, aku rasa brand ni memang ada problem pada skrin dia la, macam mp3 ni, tak sampai setahun juga aku pakai, last2 skrin tetiba gelap, yang tak bestnya, kalau cucuk usb boleh pula detect..And after that, memang confirm aku takkan pilih brand Mwalker ni lagi..

Problem yang sama, skrin tetiba jadi gelap
Mwalker B323 BEPTUNE



Bagai aur dengan tebing, umpama isi dan kulit, itulah agaknya perumpamaan yang sesuai untuk aku agaknya, mp3 dengan aku sukar untuk dipisahkan..hehe..After dah serik dengan mp3 yang asyik ada masalah skrin ni, aku pun bertekad untuk beli mp3 brand from Sony sebab bagi aku Sony ni brand dia berkualiti tinggi and warranty pun ada, kalau ada problem boleh juga hantar warranty, and mp3 Sony yang menjadi pilihan aku ialah Sony Mp3 B Series 2GB, 2gb je yang mampu sebab itu je bajet yang aku ada..

Sony Mp3 B Series 2GB

First thing benda yang buat after beli mp3 ni confirm la baca manual dia dulu, baru tahu overall function gune, baru senang sikit..


And daftar warranty, yang bestnya warranty boleh pakai sampai January 2012, agak lama disitu..


Before aku beli mp3 ni, aku buat review dulu kat internet, so that baru aku tahu apa kelebihan2 yang ada pada mp3 ni..Antara2 faktor yang membuatkan aku tertarik untuk merembat masuk gol..eh silap2, merembat dari kedai yang berhampiran..hehe..

  • Design dia sangatla simple and menarik
  • Jenis yang terus boleh plug in usb, tak perlu la aku nak guna kabel
  • Quick cas, cas 3 minit je dah boleh guna sampai 1 jam lebih
  • Ada fungsi Zappin, iaitu function yang memudahkan pemilihan lagu, bila korang tekan je button Zappin tu, automatik lagu akan dimainkan dalam masa yang pendek sampai kita dapat mencari lagu yang diinginkan.Serius aku memang tertarik giler dengan function Zappin ni..Cool gler..
  • Bateri dia boleh tahan berjam2 lamanya
  • Ada playlist so senang nak cari folder lagu
  • Cakap banyak pun tak guna, korang klik sini kalau nak tahu lebih..

So aku harap yang mp3 aku kali ni boleh bertahan lama sikit dari yang sebelum2nya..hehe..And kalau korang perasan, aku beli mp3 semua ikut turutan saiz storage, dari 128mb ke 256 mb, pastu upgrade 512mb, 1gb and last sekali 2gb..memang cun je turutan..hehe..maybe after ni kalau ada rezeki,sambar ipod pula, tapi mungkin bertahun2 lagi kot..haha..

Bila dah ada mp3 confirm la lagu pun dah sumbat masuk sekali..So sekarang ni aku suka betul dengar lagu Putus nyanyian Melda Ahmad, memang tepat dengan situasi aku sekarang..hehe,,..Best giler lagu ni..rating 5 bintang aku bagi,tapi lagu ni sekejap sangat..



Klik sini untuk download lagu Putus by Melda Ahmad
Putus-Melda Ahmad

Jari pun dah krem menaip tak henti2..So dats all untuk post hari ni..Kalau rajin aku post entry baru:)MyEm0.Com

p/s: kalau tengok gambar, kebanyakkan diambil tahun lepas, so just upload je, simpanan peribadi,klik tulisan ungu untuk link yang berkaitan..hehe..

Wednesday, October 6, 2010

Dunia Renungan : Hukum Merokok Dalam Islam

Salam pagi rabu:)..Dengar2 cerita harga rokok naik lagi, memang nampak sangat nak suruh berhenti merokok la tu..Lagipun merokok tu membahayakan kesihatan and membazir duit je, tapi bagi sesetengah orang, merokok ni boleh mereleasekan tension, stress and dapat menenangkan jiwa..ada orang cakapla, pengalaman sendiri bertanya kawan2..hehe..tapi bila fikir2 balik, merokok ni mungkin ada faedahnya, yela, sambil merokok boleh buat halau nyamuk sekali, and lagi satu, mana la tau kot2 kita batuk tengah2 malam disebabkan merokok, kalau time tu pencuri baru nak kopak pintu, dengar kita batuk je, terus diorang cancel sambil berkata "isshh..tak tido lagi rupanya orang rumah ni, bahaya ni kalau aku masuk", berkata2 pencuri tersebut dalam hati..hehe..Hari ini nak share sikit mengenai hukum merokok yang sebenarnya..Kadang2 ramai yang dah tau apa hukum rokok yang sebenarnya and ramai juga yang buat2 tak tau..Jom kita usha2 apa hukum merokok yang sebenarnya dalam Islam..


HUKUM MEROKOK DALAM ISLAM

1) HUKUM MEROKOK DARI SEGI SYARA’:

Para ulama’ telah Menfatwakan bahawa rokok dan tembakau adalah HARAM dari segi syara’ kerana rokok dan tembakau termasuk dalam kategori benda-benda yang KEJI, BUSUK, MEMUDARATKAN dan yang paling buruk mengandungi CANDU yang dikenali sebagai BENDA YANG BOLEH MEMABUKKAN DAN TERNYATA HARAMNYA.

2) GOLONGAN ULAMA’ & FUQAHA’ YG MENGHARAMKAN ROKOK & TEMBAKAU

a) Syeikh Muhammad al-Aini mengharamkan rokok kerana:
  • Membahayakan kesihatan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh para pakar perubatan yang diakui.
  • Mengandungi bahan yang memabukkan.
  • Baunya busuk dan menganggu ketenteraman orang lain.
  • Membelanjakan wang yang bukan pada tempatnya (membazir).
b) As-Syeikh as-Syahir bin Najam al-Izzi (Syafie) mengharamkan merokok dan penghisapnya akan mendapat dosa kecil tetapi akan mendapat dosa besar kerana:

  • Berulang-ulang kali melakukannya.
  • Memandang ringan, remeh dan tidak memperdulikan hukumnya.
  • Merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut.
  • Berbangga pada manusia lain dengan perbuatan tersebut seolah-oleh melambangkan dirinya sudah dewasa atau matang. (riak dan bergaya)
  • Amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorang yang tahu hukumnya.
c) As-Syeikh Abdullah Babatein menfatwakan:

“Kami mengharamkan rokok kerana dua sebab utama”:-

i- Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.
ii- Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor (busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syara’sebagai :

“Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan”,
- Benda spt ini nyata diharamkan oleh syara’ sebagai firman Allah yang bermaksud:

“Dan diharamkan bagi mereka (memakan) segala benda yang keji (buruk)”.Al-A’raf 7:1574.

d) Imam as-Syafei telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur Al-Umm iaitu:

“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengadungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah ‘Azza Wa Jalla mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri”.

3) MENGAPA SYARA’ MENGHARAMKAN ROKOK ATAU TEMBAKAU?

a) Rokok mengandungi berbagai-bagai jenis kimia merbahaya, antaranya ialah nikotin.
b) Syara’ mengatakan setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, disuntik atau dihisap pada seseorang maka ia diketogerikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah sesuatu bahan yang
dikenal pasti sesuatu yang boleh memabukkan.

Pengharaman ini berpandukan daripada hujah-hujah atau nas-nas dari syara’ sebagaimana yang berikut ;

  • “Setiap yang memabukkan itu adalah haram”.H/R Muslim
  • “Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut adalah haram”.H/R al – Bukhari, Muslim dan Abu Daud
  • “Apa shj yg pd banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya adalah haram”.H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
  • “Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram (terkategori)”.H/R Muslim
  • “Pasti akan berlaku dikalangan manusia-manusia dikalangan umatku, meneguk (minum ,hisap, sedut, suntik ) arak dan kemudian memakannya dengan nama yang lain”.H/R Ahmad dan Abu Daud
  • Telah berkata Ibnu Masoad tentang benda yang memabukkan ; “Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang ia telah haram pada kamu”.H/R Bukhari
  • Telah berkata Waail bin Hujr: “Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang pembuatan arak , maka Nabi menegahnya. Maka Tareq bin Suwid berkata: “Aku membuatnya bagi tujuan perubatan”. Maka Nabi bersabda : “Sesungguhnya arak itu bukanlah ubat tetapi penyakit”.”H/R Muslim dan Turmizi
  • Allah mengharamkan orang-orang yang beriman daripada mencampakkan diri mereka ke dalam perbuatan yang busuk, kotor, keji dan merosakkan kerana ia boleh membawa kepada kecelakaan di dunia dan akhirat. sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (kecelakaan)”.Al- Baqarah , 2:195
4) MENGAPA MASIH ADA YANG MEROKOK WALAUPUN SUDAH SEDIA MAKLUM HUKUMNYA?

a) Kejahilan masyarakat Islam
b) Berlakunya penyelewengan fatwa dari ulama’ fasiq.
* Ibnu Qaiyim al-Jauzi telah menulis di dalam bukunya Talbisu Iblis tentang orang yang bertaklid:
“Orang yang bertaqlid sebenarnya tidak mempunyai kepercayaan mantap pada apa yang ditaqlidkan. Taqlid merosak kesempurnaan (agamanya) kerana mengenepikan kesempurnaan akal(nya), sedangkan akal dianugerahkan untuk berfikir dan menganalisa. Amat jahil dan buruk sikap orang yang diberi lilin tetapi
memadamkannya kemudian berjalan dalam kegelapan”.

Wallauhualam…Sama2 kita kongsi:)

Sumber rujukan: Buku "HUKUM MEROKOK DAN MEMOTONG JANGGUT DALAM ISLAM"


p/s:gambar from google..

Tuesday, October 5, 2010

Dunia Tips dan Tricks : Cara Mudah Untuk Browser Web(Mozilla)





Salam semua, hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua cara yang paling mudah untuk browser website dengan menggunakan add on FastestFox yang boleh dipasang pada Mozilla Firefox..Aku pun secara kebetulan terpasang add on ni..Apa yang menariknya, bila korang semua dah pasang add on ni, korang akan mendapati yang ianya akan memudahkan korang semua untuk buka dari satu page ke page yang lain..Cuba korang lihat gambar dibawah ni..Perhatikan pada anak tanda..



Bila korang scroll korang nye mouse ke bawah, automatik browser korang akan loading page untuk ke page yang berikutnya dalam masa yang begitu singkat..


So korang tak perlula nak 'open link in new tab' dimana korang masih boleh melihat kembali page2 yang telah korang lihat sebelumnya dengan hanya scroll mouse keatas and kebawah..Takdla korang berserabut dengan tab yang banyak2 nanti..Perhatikan pada gambar dibawah, pada bulatan merah menunjukkan bilangan page yang telah korang buka..



FastestFox ini juga membolehkan korang mendownload kesemua gambar2 dan link2 yang terdapat dalam website tersebut..Korang semua hanya perlu 'Right Clik' seperti dalam gambar dibawah..


So bagi aku, kerja aku and masa aku telah dapat dijimatkan dengan begitu banyak sekali setelah menggunakan add on ini..Sangat memudahkan and korang pun tak perlu nak berserabut dengan tab2 yang banyak nanti..

Klik sini untuk download FastestFox
(Download)

Dunia Info : Mitos Lelaki Moden

Lelaki moden zaman sekarang sangat2 berbeza berbanding lelaki zaman dahulu..Banyak yang boleh diperkatakan mengenai lelaki moden zaman sekarang..Tak kurang juga lelaki moden kini menjadi bahan umpatan kaum hawa..Penyelidikan yang dijalankan oleh mereka yang berkenaan(keje diorang memang kaji mende2 camni kot) telah memberikan 10 mitos lelaki moden..Aku rasa aku ni antara lelaki moden agaknya coz banyak yang terkena kat aku..hehe..papepun jom kita share sama..

1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui yg mereka sudah berkeluarga.

Part ni aku rasa betul agaknya coz aku tengok sendiri ramai kawan2 aku yang takut untuk berterus terang, samada takut kena reject ataupun malu2..

2. Lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka.

Part ni no komen..ada unsur2 18sx..hehe..

3. Lelaki tidak mampu untuk setia dengan seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan, lelaki sukar untuk setia.

Tak semua lelaki begitu sebab aku rasa ramai je lelaki yang setia, aku rasa sekarang perempuan dengan lelaki sama je dari konteks kesetiaan ni..Aku pencinta yang setia:P

4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.

Memang betul pun, aku sarung je apa yang aku rasa lawa..

#5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.

Agaknya la kot..

6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.

Aku kalau duduk sorang2 tu baru rasa kesunyian, lelaki yang kesunyian maybe lelaki yang lebih kepada sifat pendiam..(pandangan peribadi)..

7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.

Betul..time kerja adalah kerja, time cinta adalh waktu bercinta..sebab aku rasa lelaki sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan cinta..

8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.

Lelaki macam ni boleh dikategorikan jenis playboy agaknya..

9. Cinta bagi lelaki adalah seks.

Yang ni pun aku no komen..aku tak kahwin lagi..hehe..

10. Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.

Bagi aku lelaki yang sensitif antara lelaki yang mudah mengalirkan air mata..

So aku rasa ramai antara korang semua yang tergolong dalam lelaki moden..betul atau tidak itu terpulang pada korang semua..renung2kanla dan selamat beramal..