76 PETUA MENAWAN HATI WANITA
"Berikut adalah petua-petua yang dikemukakan oleh para
bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita
yang sentiasa mahu diberi perhatian .
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu
menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk
lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya
soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan
masalahnya,tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap
hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada
bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau
perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari
sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat
kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk
memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih
dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia
tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan
jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya
rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan
awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia
tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang
ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat
menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan
buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan
tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh
pinggan,sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan
pula,terutamanya jika dia letih. Bantulah dia
menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang
sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa
yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan
melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah
barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula
membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu
keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu
waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika
tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan
pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya
khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya
katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya
sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh
dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan
plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar
dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor
telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian
sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah
anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak
bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan
kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut
belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang
bukan bertujuan untuk jima'
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan
anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada
bendalain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya
walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia
suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia
memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan
bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak
makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke
tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu
adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian
bersama-sama
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada
orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak
anda.Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri
mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau
di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk
melakukan sesuatu yang romantik
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam
dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru
bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan
jauh.Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju
hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu
perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan
berikankomen yang menunjukkan anda ambil berat seperti
'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak
letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu
apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah
tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan
memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa
awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di
rumah.nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan
pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang
menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya
yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda
sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk
membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk
bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan,letak dan barangan yang hendak dibawa di
kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang
sesuai,pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata
kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari
ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang
dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan
masuklahke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata
selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk
anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan
kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia
kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda
kehendaki.Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya
bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama
wanita ialah melakukan perkara-perkara besar
sajatetapi sebenarnya yang akanmemenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu
membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta
pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja
kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia
gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa
lebih berguna dan berjasakerana isteri anda telah
memperolehi perhatian yangdia perlukan.