Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 4, 2010

Home » , , , , , » Dunia Cinta : Alasan Mengapa Lelaki Jarang Mengganti Status 'Single' Facebooknya.

Dunia Cinta : Alasan Mengapa Lelaki Jarang Mengganti Status 'Single' Facebooknya.

Alasan Mengapa Lelaki Jarang Mengganti Status 'Single' Facebooknya.

Sebelum anda salah paham, luangkan waktu untuk mempertimbangkan alasan mengapa si dia belum menukar status hubungannya.
http://rlv.zcache.com/relationship_status_single_tshirt-p235408803941182981yaye_400.jpg




Bukan sesuatu yang mudah

Dalam salah satu adegan filem "The Social Network", Eduardo Saverin, salah seorang pengasas Facebook berhadapan dengan wajah kecewa kekasihnya kerana belum mengemas kini status hubungannya. Ternyata alasannya, dia tidak tahu bagaimana menukarnya.

Pengasasnya juga belum terlalu mahir menggunakan Facebook, bagaimana pula dengan berjuta-juta lelaki lain? Ironinya, tidak semua lelaki mempunyai kemahiran yang sama berhadapan dengan internet, khususnya laman web sosial.

Bila si dia tetap menggunakan status "single" ketika sudah berasmara bersama anda, mungkin ia mendefinisikan kata 'Single' secara berbeza.

"In a relationship" juga boleh memberi makna yang tidak jelas, tidak selalu bererti "mempunyai kekasih". Apalagi dalam laman web sosial, ketepatan maklumat tidak selalu menjamin kebenarannya. Lagipun anda telah memiliki hatinya.

Tidak terpikir

Berapa kali anda log in ke Facebook hanya untuk menyemak notification atau mesej terbaru, tapi akhirnya tergoda untuk bermain Farmville atau Mafia Wars? Hal ini banyak terjadi.

Bagi sebahagian orang, profile adalah salah satu hal yang mereka update ketika sign up ke Facebook, dan seterusnya, hampir tidak pernah digunakanlagi.

Jika kekasih anda bukan jenis lelaki yang benar-benar suka bermain Facebook, boleh jadi dia belum juga menukar status hubungan kerana lupa. Dia mungkin hanya menganggapnya membuka Facebook tidak lebih seperti membuka Google.

Berbeza dengan anda yang menjadikan laman web sosial sebahagian daripada rangkaian perhubungan anda dalam kehidupan nyata.

Memalukan atau mengganggu

Anda mempunyai seorang rakan yang telah berkahwin tapi terlambat menukar statusnya di Facebook. Beberapa bulan kemudian, dia menyedari bahawa imej profil dan statusnya masih tercatat sebagai 'Single'. Dia pun menukar statusnya, dan apa reaksi kesudahannya?

Sekurang-kurangnya berpuluh2 rakan anda akan meninggalkan mesej, seperti "Ha ha ha ... apakah suami kamu tahu?" atau "Kenapa aku tidak dijemput ke perkahwinanmu?", dan banyak komen yang lain ketika orang menukar status mereka.

Bagi lelaki, komen tersebut membuatnya tidak selesa kerana menyinggung kehidupan peribadinya, yang mungkin boleh membangkitkan kemarahannya.

Jika anda tahu bahawa di dalam hati si dia selalu ada cinta untuk anda, berikan ruang privasi untuknya. Dan ketika anda ingin dia mengubah statusnya, biarkan ia dilakukan atas kehendaknya dan bukan dengan paksaan.

Terlalu cepat

Dalam dunia online pada masa sekarang, menukar status hubungan boleh menyebabkan pelbagai masalah
. Anda mungkin pernah melihat status seseorang, dari 'Single' kepada 'In a Relationship' lalu menjadi 'It's complicated', dan balik semula ke 'Single' hanya dalam beberapa waktu. Tentu anda tidak mahu menjadi seperti orang tersebut, begitu juga si dia.

Jika anda baru mulai berpasangan, jangan terlalu berharap si dia akan segera menukar status sehingga si dia merasa hubungan akan melangkah lebih serius. Anda bahkan mungkin membuatnya tidak selesa dengan menukar status profil terlalu cepat.

Waktu terbaik untuk menukar status menjadi "In a Relationship" adalah ketika anda berdua sudah berasa selesa memanggil pasangan masing-masing sebagai "kekasih".


credit dunia-panas